Thursday, January 26, 2012

SELAMAT DATANG 2012

ASSALAMUALAIKUM..

Lama sungguh saya tidak mengupdate blog ini. Saya dalam perjuangan. Menjadi penjawat awam, seorang guru dalam masa yang sama menyambung pelajaran di peringkat Sarjana bukanlah suatu yang mudah. Saya akui, saya akan menjadi lebih 'bijak' dan lebih 'efisient' menguruskan masa.

Hari ini, 26 Februari 2012, saya masih lagi menanti keputusan peperiksaan akhir semester pertama. Insya-Allah kuliyah akan bermula semula pada 8 Februari ini. Saya mempunyai cita-cita yang tinggi, untuk mendapatkan CGPA terbaik dalam pengajian Sarjana saya, semoga Allah merahmati hasrat ini.

Hari ini juga sekolah masih bercuti sempena Tahun Baru Cina. Namun anak-anak - Aqilah, Hadi dan Najihah bersekolah. Sekolah Rendah Islam Al Huda tidak mengambil cuti peristiwa mahupun cuti berganti.

Tahun 2012- kami, keluarga yang sedang belajar, suamiku sedang bertungkus lumus membuat analisa kajian Doktor Falsafahnyanya, aku sedang dengan kelas Sarjanaku, anak kami yang sulung, Nur Aqilah Has-Yun bakal menduduki UPSR tahun ini..

Ya Allah.. permudahkan urusan kami..

2 comments:

فراس الزهرأ said...

salam alaik, keep it up!

jemput baca artikel baru saya :)

http://firaszahrafajar.blogspot.com/2012/02/apakah-sebenarnya-wasathiyyah.html

Unknown said...

selamat datang tahun baru.. selamat tinggal tahun yang lalu mudah-mudahan di hari esok kita terus berusaha memperbaiki diri dan mengkoreksi diri lagi...

Jemput baca Blog saya ya http://warta-beryta.blogspot.com