Sunday, November 25, 2007

Anakku Ajmal


Kita rasa yakin bila ada banyak kerja yang boleh disiapkan. Rasa puas hati, optimistik dan lain-lain lagi. Hari ini antara hari yang produktif melaksanakan kerja-kerja sebagai seorang pekerja (bukan sebagai ibu). Walau pagi tadi Ajmal Hadi menangis meraung-raung tak mahu ke sekolah, saya gagahi juga dan memujukya untuk ke nursery semasa bayinya ( bukan sekolahnya biasa). Dia akur.

Sepetang saya menghadap komputer. Banyak kerja-kerja yang boleh disiapkan... walau dalam hati tertanya-tanya... bagaimana agaknya Ajmal Hadi di nursery.... kasihan dia.. sabarlah Ajmal, esok ibumu ada di rumah....

p/s: gambar Ajmal di usia 1 tahun (2004)

1 comment:

bali vacation said...

Anak yang cantik, pasti sekarang sudah besar dan pandai