Thursday, December 6, 2007

Hari yang basah

Salam Jumaat...,

Hari ini hujan sepanjang pagi hingga kepetang. Alhamdulillah rahmat Allah mencurah-curah. Sepagian Aqilah merengek nak bermain dalam kolam plastiknya... hujan, saya kata. Hujan dari Allah.. bersabarlah...

Ajmal menyambung... "agaknya pokok-pokok tu nak minum air banyak-banyak kot... tu yang Allah turunkan hujan lama-lama... banyak-banyak..."

Sementelahan lagi banyak baju basuhan belum kering...

Najihah yang berumur 2 tahun 5 bulan dah tak mahu dipakaikan diapers. Kali pertama, berjaya.. kupujuk buang air dalam tandas. Setiap saat saya mengingatkannya untuk ke tandas. Dia geleng. Selang setengah jam, tiba-tiba "terr..." pula di atas karpet kecil. Urghh.... Najihah senyum-senyum bila dimarah. Terpaksa merendam karpet tu... basuhnya tak tahu bila...

Entah berapa jam kemudian...., dia "terr...." lagi atas rug merah besar depan tandas!!! Aduh.... beratnya rug itu.... Dalam deraian hujan yang mencurah.... entah bila ye dapat kukeringkannya....? Dan Najihah senyum, angguk-angguk,buat wajah kelakar...... lalu, terpadam kemarahan dihati ini...

No comments: