Sunday, March 23, 2008

Anakku Aqilah

Nur Aqilah Has-Yun lahir pada 24 Disember 2000, 3 minggu awal dari jangkaan bersalin (11 Januari 2001). Ketika itu 27 Ramadhan, saya tidak merasakan apa-apa perubahan, malah tidak pernah tinggal ibadah puasa. Hinggalah pecah ketuban pada jam 2 pagi. Tidak ada kontruksi atau ketidakselesaan. Masuk wad hari itu juga di bawah pengawasan doktor, hinggalah kontruksi dirasakan pada jam 10 pagi. Tidak lama, tepat jam 12.00 tengahari lahirlah bayi sulungku, perempuan hanya seberat 2.1 kg! Para jururawat yang menyambutnya kehairanan, melihatkan perut saya yang membusung sebelum melahirkan! Kembar air, orang kata, lahir pun mudah.

Di awal usianya, Aqilah seorang yang 'istimewa' kerana 'sensitif' - sering 'ditegur' oleh entiti yang tidak dapat dilihat dek mata kasar. Oleh kerana itu, dia menjadi seorang bayi yang kerap menangis dan kerap demam. 7 tahun berlalu, Aqilah membesar menjadi kanak-kanak perempuan yang normal, namun berat badannya masih diluar lingkaran berat normal budak perempuan sebayanya. Makannya juga tidak seghairah adik-adiknya. Doktor pakar telah kami rujukki, ujian darah, ujian kencing semua diambil kira. Alhamdulillah semua normal. Doktor kata, mungkin kerana "Take Off Value" Aqilah rendah - bererti berat sewaktu lahirnya yang rendah, menyebabkan tumbesarannya tidak berada di lengkung normal, namun dikira normal baginya, asalkan ada peningkatan berat dan dia sentiasa aktif.

Pagi tadi, kejohanan olahraga di sekolahnya. Terharu melihatkan dia adalah salah seorang ahli perbarisan rumah sukan. Dia membawa pulang plak emas acara sukaneka. Sebelum itu sudah ada 2 plak emas dan gangsa juga acara sukaneka pada pra-kejohanan. Alhamdulillah, paling tidak dia juga turut menyumbang kepada mata rumah sukannya...

Untukmu, Aqilah.. ibu doakan Aqilah menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat.... dan dipermudahkan segala urusan untukmu...

Salam dari ibumu...

2 comments:

Izz Qayyim said...

Salam Rajiah,

Alhamdulillah..tumpang gembira dengan perkembangan Aqilah..btw,sebayalah anak sulung kita!cuma IQ was born on 12 Nov. 2000@15 Syaaban kat Aloq Setaq:)berat pon cuma 2.6kg..besar kat luar org kata!insyaAllah,moga Aqilah menjadi anak yang solehah,juga contoh yang baik utk adik2 yang lain.

-MamaIQ-

Anonymous said...

Salam Mama IQ..

ye kah...memang pun umur kita sama ye.. semoga IQ pun menjadi anak yang soleh, insya-Allah