Thursday, June 5, 2008

Harga Petroleum 5 Jun 2008

SALAM..,

Baru sampai di rumah setelah saminggu pulang ke Kangar, Perlis. Semalam, lewat pengumuman kenaikan harga minyak RM 2.704 sen seliter, berlakunya jem yang amat teruk di jalan raya rumah mertua saya menjelang maghribnya. Berpusu-pusu kereta warga Kangar mauhupun anak Kangar yang tinggal di luar menuju ke Petronas di seberang jalan. Kami hanya memerhati, tak sanggup rasanya sama-sama mengharungi jem tersebut. Pasrah dengan keadaan.

Jam 12.00 tengahari tadi kami mula bertolak pulang ke Gombak. Sepanjang perjalanan melalui Lebuh Raya Utara Selatan, kami mengisi minyakdi tiga tempat. Terkesima juga melihatkan jumlah-jumlah bayaran yang dikenakan. Jumlah keseluruhan duit minyak ialah RM 182.46 - dari Kangar ke Gombak, menggunakan Proton Saga kami.

Berita Buletin Utama malam ini ada mengatakan, "secara kasarnya, pengguna akan menggunakan 30% dari pendapatan bulanan untuk menanggung harga bahan bakar (petroluem)"

Kesimpulan: Perlu lebih berhemah mengurus...

2 comments:

Zareda said...

kena lebih berhemah dan berjimat cermat..

rajiah said...

Ye la Zar... kita terpaksa terima keadaan dengan positif dan optimis redha + sabar = ketenangan