Thursday, July 31, 2008

IBADAH DALAM HIDUP DI DUNIA

Assalamualaikum

Lama tidak bercatatan. Rasanya terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini. Sibuk dengan urusan kerjaya dan duniawi. Berfikir untuk tugas duniawi. Benar, ada pendapat mengatakan, fikirkanlah kerjaya kita sebagai ibadah, niatkan semuanya sebagai ibadah. Itu saya setuju, malah tidak dinafikan antara kerjaya yang mudah membuat ibadah dan mendapat pahala ibadah ialah kerjaya sebagai guru. Mengajar, mendidik, membimbing anak-anak didik dengan seikhlas rasa, sentiasa menitipkan bicara nasihat kepada mereka, sesungguhnya adalah pahala yang berterusan walaupun seorang guru itu telah meninggal dunia.

Kesinambungan pahala itu Insya-Allah selama-lamanya, selagi ada anak didik yang meneruskan kebaikan hasil dari nasihat itu. Berkhidmat sebagai isteri dan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak juga adalah ibadah. Menjadi kawan dan anak yang baik juga adalah ibadah. membuang sampah di tengah jalan juga ibadah. Sememangnya semua itu Insya-Allah akan menyumbang kepada pahala ibadah.

Namun alangkah indahnya jikalau ibadah-ibadah itu turut dibungai oleh ibadah secara langsung kepada Allah swt - bersolat sekhusyuknya, berzikir sepenuh hatinya mahupun membaca Al-Quran sesungguhnya. Pada pendapatku, tiada ertinya seandainya kita hanya memandang dan menganggap hal-hal duniawi sebagai ibadah, namun culas, cuai dan malas dalam mengerjakan ibadah yang secara langsung mendekatkan diri dan jiwa kepada Maha Pencipta alam dan diri ini. Apalah gunanya bekerja dengan ikhlas siang dan malam namun sengaja melewat-lewatkan solat wajib lima waktu. Tidak salah membaca banyak buku dan majalah ilmu, namun alangkah manisnya jika turut rajin membaca Al-Quran dan tafsirnya. Sememangnya semua Ilmu itu milik Allah, namun saya kurang setuju jika kita alpa pada puji-pujian untuk Allah.

Ya Allah, kuatkanlah jiwa dan akalku ini.... Semoga Kau sudi menerimaku, Ya Allah.

Wallahu'alam

7 comments:

Ainin Naufal said...

bagi Muslim, bila celik saja mata, semuanya jadi ibadah (perbuatan yang elok-elok sajalah).

laju juga akak post entri ya. Baru kejap tadi saya lompat ke mari tapi belum ada entri baru. Sekarang dah ada. hehehe

Fid said...

pandai akak berkarya eh...dah semakin mantap..;)..
keep it up!!!!

rajiah said...

Salam,

Ainin.. mungkin kita sama-sama online pada waktu yang sama.. best juga ye kalau dapat berchatting dgn YM.. :)

Fid... thank you.. kak jiah rindu Car Boot Sale lah sekarang ni.. terutama bila harga barang-barang di Malaysia dah semakin naik...!

nor sila said...

manusia.. alpa dan lupa.. semoga kita tergolong dikalangan yang dirahmati ALLAH.. amin..

rajiah said...

Sila...

Amin.... :)

cikgooden said...

setelah sekian lama saya berulang alik ke ruamah ni!..setelah belengas ketiak...baru sekarang di up-date...FUH!...lama betul..
(...masih mencari keredaan illlahi..)

rajiah said...

cikgooden:

hii hii kesiannya cikgo.. tak pe, lain kali kalau saya baru update, saya akan inform terus ke rumah cikgo ye.. :)