Friday, August 15, 2008

Inai

Salam,

Kelmarin saya dan Aqilah berjalan-jalan di pasar malam berdekatan UIAM dan BMI. Terjumpa gerai jualan milik seorang perempuan India. Di gerai itu ada menjual inai untuk tujuan mewarna kuku yang dalam sediaan tiub. Apa lagi, Aqilah pun seronok bukan kepalang. Kami membelinya, RM 2.50 satu tiub, warna oren inai.

Lantaran itu, bersempena cuti persekolahan yang bermula esok, malam ini anak-anak perempuan saya sibuk berinai.. penuh sepuluh jari tangan. Habis kuku-kuku kecil jari Najihah bersalut inai! Kasihan pada si abang Hadi, teringin juga mencuba, saya berikan inai di jari kelingkingnya.

Inai ..... pewarna natural semulajadi

2 comments:

cikgooden said...

akum cikgu...

lama tak up-date....selamat bercuti dan selamat berinai....ahakkks.

rajiah said...

waalaikummussalam..

Yup.. harap-harap cuti persekolahan ni sempat lah meng up date , sebelum bemulanya perkampungan PMR di hujung minggu depan