Sunday, August 17, 2008

PERTEMUAN DI FOTOPAGES

Salam,

Berkurun lama saya tidak ke laman FOTOPAGES sewaktu di Edinburgh, Scotland. Entah mengapa sejak semalam hati tercuit-cuit untuk kesana. Rupa-rupanya ada satu message bertarikh 1 May 2008, dari seorang rakan lama, yang begitu lama putus berita, Norhafizah Hassan, kenalan sewaktu berada di tahun pertama matrikulasi UKM di Sekolah Seri Puteri, KL. Antara sebab saya mengingatinya:
  1. Orangnya cantik, putih dan macam cina (Fizah.. kalau kau terbaca ni, jangan perasan sangat yek.. hee heh)
  2. Berasal dari Johor, sama dengan saya
  3. Antara segelintir pelajar produk Sekolah Harian biasa, sama dengan saya (kawan-kawan yang lain produk Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia)
  4. Pandai dan kemas dalam kerja-kerja sekolah
  5. Sempoi, selamba dan easy to get along with
  6. Meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland selepas tamat matrikulasi tahun kedua
  7. Dengarnya berkahwin sewaktu study di Dublin dengan rakan seperjuangan juga dari matrikulasi UKM (betul ke Fizah.. kan.. kan.. tapi aku yakin, kau memang boleh survive..)
Kini Dr Norhafizah berada di Manchester. Terasa terkenang kembali kenangan-kenangan di SSP dan PMKP (kedua-dua tahun matrikulasiku).. rakan-rakan yang lain, di manakah dikau..

Fizah: Blog hari ini tribute untuk kau, suami Dr Khairuddin dan anak-anak dara yang berlima dan comel-comel tu.... :)

rajiah


8 comments:

Anonymous said...

laaa jiah...aku pun terjumpa fp ko tu thru browse site....tgk nama rajiah75...dlm hati aku nie nie mesti ko...hahahha mmg betul!!!!!!
aku gi st.andrews-manchester uni laaa...bukan dublin..hehe...tu yg sampai skrg bertapa kat cni....ko kenal zie hamzah kan?min-yasmin?dorang ada kat cni gak...min kat notts....kalau ko gi kat tepi fav aku tu ada nama zie....aku ada la contact aton sekali/sekala thru email
ko dtg scotland buat master/phd?skrg buat per....seronok nya jumpa member2 lama .....nnti2 aku baca2 blog ko kat bwh.

Anonymous said...

Salam,

Aku ada jenguk fp zie.. yasmin ada fp tak..? Dia dan Azani ada di notts yek..

oo.. aku ingat kat dublin. Apasal lama sangat kat sana? Kerja terus ke..? Fizah.. marilah balik Benut.. aku pun lama tak balik BP.

Aku ke Scotland menemani cik abang sambung belajar. Diri sendiri, tak tau lagi bila nak sambung.. hajat dihati dalam masa terdekat.. kat m'sia..

OK.. kalau ada jumpa yasmin, sampaikan salam aku.. kawan baik aku Norliza Tendot dan suaminya Azmi baru je balik dari notts awal tahun ni after kedua-duanya habis PhD. Azmi xPMKP.

izinkan aku linkk kan fp kau di sini.

Anonymous said...

Jiahhh..isk kau leh sekeh aku kalu aku tak kenal ko..hahaha..tak sangka kan, its been so long ek. Dah 3 anak ko, dh jadi penulis lak tuh.Aku dulu beria buat novel time kat UKM dulu, tp tak antar kat publisher, peram jerk novel2 aku..haha..anyway, ko kat scotland rupanya time aku ader gak kat UK time tu..ermm tak terjumpa lak eh.Bagusnya alam maya nie kan, leh jejak kasih sumer org. Kau kat ner skang? keje kat ner? ko biomedik ker ek dulu?

aku kat manchester skang spt fizah kata tu, terkejut dulu bila aku jumpa fizah and din..hehe..min mannox ada kat notts, pernah 1-2 due call2 pahtu dh lost contact. aku kat sini dh lama pun, nk jd org sini, ikut fizah haha..anak aku sorang jerk, cam kat fp tuh..

aku still selalu keep in touch ngan shirin dan dira dr dulu lg..pahtu baru2 nie bila aku join facebook, lagi ramai jumpa budak matriks dulu -jaja, gee, su sanip, peah, ko join lah facebook, or nt aku invite ko kat emel ko, leh berjejak kasih ngan sumer kembali..keep in touch (teringat betul kat ko jiah..!!)

Anonymous said...

jiah nie link min punyer fp
http://yasminahmad.fotopages.com
tapi aku tak pernah contact laa...tgk2 gitu jer...hehehe

cikgooden said...

...isk..isk..siaran jejak kasih ker nih?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

agaknya la tu cikgooden.

Anonymous said...

Salam,

Zie.. hii hii ingat tak di SSP dulu, aku dibawah katil kau, aku ingat nama kau, Hazira Dato' Hamzah.. hii hii

Aku pun asa facebook, cuma tak berapa mahir dalam facebook dan tak dapat terjejak kasih dgn sesiapa.. cuma jumpa Cinjun (KamarunNesa) roomate di PMKP.. alamat email : rajiah75@yahoo.com

Cikgooden: hii hii lebeh kurang macam itulah

Anonymous said...

khairusy: :)