Wednesday, September 10, 2008

BUKU KU

Salam,


Saya mempunyai sebuah buku kesayangan. Dibeli di Johor Bahru pada bulan April tahun 2000, iaitu 8 tahun yang lalu di Kedai Buku MPH. Berharga RM 49.90, buku berjudul WHAT TO EXPECT WHEN EXPECTING menjadi teman baik sepanjang mengandungkan Aqilah.

Apa yang saya suka pada buku tersebut ialah kerana ia menerangkan perkembangan janin dalam kandungan, perubahan yang terjadi dari segi biologi dan fisiologi ibu yang mengandung dari satu bulan ke satu bulan hinggalah saat kelahiran.

Ini bererti saya akan dapat mengikuti perkembangan bayi saya sejak bulan pertama hingga kelahiran dalam bab demi bab. Saya membaca satu bab setiap bulan. Saya rasakan seolah-olah sentiasa bersama-sama bayi dalam kandungan itu, bersama-samanya turut merasakan perkembangan yang ia alami.

Setakat ini, 3 kali mengandung, 3 kali jugalah saya khatam membaca buku tersebut. seolah menjadi suatu kewajipan..

Beberapa hari yang lalu, kami sekeluarga ke pay less book exhibition, dan saya terjumpa buku WHAT TO EXPECT WHEN EXPECTING.. mengejutkan.. harganya cuma RM 3 !! (bayangkan harga saya membeli dahulu -RM 49.90) Terkenangkan 2 orang rakan guru yang baru mendirikan rumah tangga, saya beli 2 buah buku tersebut sebagai cenderahati untuk mereka..

No comments: