Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Ya Ramadhan.. Hati...

Salam Ramadhan...

Bagaimana cara menundukkan hati? Bagaimana cara menundukkan hawa nafsu yang selama ini dikawal oleh syaitan yang direjam? Bagaimana mahu memastikan akal nurani beserta keimanan yang kuat akan berjaya melawan gesaan syaitan yang sentiasa mahu melalaikan dan menyesatkan...

Mengingati Allah hati akan tenang. Sentiasalah berzikir setulus hati.. basahkan lidah, basahkan hati dengan zikrullah, Insya-Allah kita semua takkan rugi. Mengingati mati juga antara perkara yang boleh memadamkan hawa nafsu, sekaligus menundukkan hati. mati pasti akan berlaku.. saat dan waktu kita dijemput selama-lamanya meninggalkan dunia sementara ini, hanya Allah yang tahu. Oleh itu sentiasalah bersedia, kerana bila-bila waktu itu, pastinya akan tiba....!

Halwa telinga dan halwa lidah yang indah.. bukan memilih kelazatan makanan menjadi pilihan, namun halwa telinga nasyid, bacaan ayat-ayat suci A-Quran , ternyata sebenarnya boleh menundukkan hati yang sentiasa ingin cuba dilalaikan oleh kemodenan duniawi. Halwa lidah adalah bacaan Al-Quran (fahami terjemahannnya).. dan semestinya zikrullah yang terlalu enak dan indah..

Subhanallah.. lindungilah aku dan keturunanku dari kelalaian demi kelalaian yang bisa membentengi kami dari haruman RaudahMu...

3 comments:

sonata anak kancil said...

salam ramadhan...selamat menunaikan ibadah puasa...

Dkopsunintended@A.I.N said...

Kak Yah, selamat menyambut ramadhan...
*walaupun mcm dah lambat.. hehe*

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam ramadhan.
Semoga Akak dan keluarga dalam lindungan Allah sentiasa..