Sunday, September 27, 2009

AIDILFITRI....

SALAM AIDILFITRI...

SELAMAT HARI RAYA.. ! Alhamdulillah.... Salam Aidilfitri lagi kepada semua. Aidilfitri tahun ini kami sekeluarga menyambutnya di kampung halaman saya di Batu Pahat, Johor. Alhamdulillah nampaknya "rezeki" saya bertemu saudara mara begitu murah tahun ini. Rasa seronok yang amat sangat dapat ketemu sepupu-sepapat yang entah telah berapa tahun tidak bersua muka. Rasa rindu terubat di kala itu juga. Bertahun-tahun yang lalu seingatku kali terakhir bersua, anak-anak saudara sepupuku masih berupa fizikal kanak-kanak lelaki dan perempuan yang comel dan montel, namun Aidilfitri yang lalu, tidak ku cam fizikal yang sudah besar, rupa yang semakin matang, menjadi remaja dan bunga harapan bangsa! Persaudaraan, kemesraan dan keramahaan antara kami memang tidak pernah pudar.. malah aku berdoa moga tidak akan pudar selama-lamanya.

Bertemu juga bapa-bapa saudara dan mak-mak saudara yang hanya dua tahun sekali berjumpa. Ada antaranya yang sudah tiada .. dan rasa sayu tetap berputik di hati tatkala melihat tubuh-tubuh bapa mahupun mak saudara yang semakin "kurus" di mamah usia. Teringat sewaktu aku remaja di Batu Pahat, mereka semua kelihatan begitu segar bugar, bertenaga. Begitulah adat dunia.. masa berlalu begitu pantas..

Alhamdulillah.. Alhamduillah.. Alhamdulillah.. hari Khamis baru kami sekeluarga kembali ke rumah 69..terus menerima kunjungan raya bekas pelajar (SPM 2006) seramai 5 kereta yang menjadi tetamu pertama di rumah 69.. seronok sekali. Sahabat baik lamaku, Dr Norliza dan Dr Azmi yang juga bertandang.. Rozaimi dan Za serta Dr Bad kenalan Edinburgh.. pada sebelah malamnya.. Salam Aidilfitri.. Salam Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin

No comments: