Rujuk gambar di atas. Semasa pulang ke kampung di Kangar minggu lalu, anak saya yang kedua, Ajmal Hadi ( 6 tahun ) tiba-tiba kalut memanggil-manggil saya, "Ibu..!! Ibu..!! Hadi dah tahu siapa nama ayah Tok Wan "...
Belum sempat saya mengeluarkan kata-kata, dengan merujuk kepada tanda nama di atas almari, Hadi membaca merangkak-rangkak, "Nama ayah Tok Wan ialah
M. o. h. a. m. a. d P. e. n. o. l. o. n. g K. a. n. a. n !!"
Laa... Hadi... kami tergelak besar mendengarnya. Haa haa haa
1 comment:
haha.. comelnye Hadi..
^.^
Post a Comment