Saturday, November 27, 2010

TAHNIAH RAKANKU

Tahniah rakan-rakanku...

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakanku yang baru tamat pengajian phD.. khas buat Kak Kerry, dan Fid di UK.. tahniah. Kenangan terindah sewaktu bekerja dengan kalian di sewaktu menjadi Reasearch Officer di Chemical Engineering Pilot Plant, UTM.. juga buat Ziad di New Zealand, Aisah di UK, Nani dan Maria di Korea, yang sedang bertungkus lumus menyiapkan phD masing-masing.. semoga Allah memudahkan semua urusan.. Terasa masih jauhnya perjalananku menimba ilmu berbanding kalian, rakan-rakanku..

Dalam pada itu, pencarian ilmu sebenarnya sentiasa terbuka luas buat insan-insan yang mencarinya. Khas buat anak-anak didikku, sebarang peluang untuk sambung belajar haruslah cepat disambut, kerana berani menyahut cabaran, Insya-Allah akan terasa manisnya kejayaan. Sambutlah peluang, kerana peluang datang hanya sekali.

Sekali lagi, sekalung tahniah rakanku..