Friday, February 3, 2012

PENGORBANAN INI

Assalamualaikum..

Pengorbanan.. kesibukan.. namun aku tidak boleh menjadikan kesibukan itu sebagai alasan untuk tidak membuat kerja-kerja rumahtangga. Hari ini Jumaat, namun tidak sempat untuk makan di sekolah.. terasa sedih sekali, kesibukan ini menyebabkan ruang waktu untuk bersolat Dhuha juga terganggu. Aku terlepas waktu Dhuha...

Tamat waktu mengajar jam 12.30 tengahari. Aku bergegas menyiapkan rekod pengajaran harian yang memerlukan penggunaan internet. Terkejar-kejar pula untuk mencetak... bergegas menyiapkan kerja-kerja untuk minggu hadapan (akan bercuti dan pergi ke kursus), persiapan dokumen-dokumen untuk kursus penilaian buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia di Melaka nanti, sambil menyambil membuat ujian Mac untuk Kimia Tingkatan 5.

Masa sememangnya cepat berlalu, Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian yang nyata. Dalam kesibukan itu, terlalu cepat jam menunjukkan jam 6.10 petang, seusai asar tidak sempat ku membaca surah seperti yang diimpikan. Suami sudah datang mengambilku, kemudian mengambil pula anak-anak di sekolah sebelum balik ke rumah.

Sesampainya di rumah, bergegas pula untuk menyediakan makan malam. Alhamdulillah masih ada nasi goreng yang dibeli semalam, memanaskannya, goreng nugget, sambal buat suamiku dan sayur salad. Alhamdulillah siap untuk makan malam.

Aku memang penat. Membasuh pula pakaian disamping melipat pakaian terdahulu. Kudratku kugagahkan jua. Terima kasih buat suami yang sudi membawa turun baju ke ruang bawah dan menyuruh anak-anak mengemas siskit-sikit barang-barang mereka. Ya Allah, semoga Kau menjadikan semua perbuatanku sebagai amalan yang Kau terima buat bekalan bertemu denganMu nanti, Ya Allah... semoga Kau menerimanya semua sebagai ibadahku..