Saturday, December 8, 2007

Amal Bakti jadi teman

Sabda Rasulullah s.a.w.

Amal bakti jadi teman
Terjemahannya: Dari Anas dari Rasulullah (s.a.w.) sabdanya tiga perkara akan mengiringi mayat ke kuburnya. Kaum keluarganya, harta bendanya, amal ibadatnya.

Kemudian pulang dua dan tinggal bersamanya satu. Yang pulang ialah keluarganya dan harta bendanya, yang tinggal menemaninya satu iaitu amalannya. (HR Bukhari Muslim)

Pengertiannya:

Rasulullah mengingatkan bahawa perkara yang disayangi dalam kehidupan menemani kita sehingga pintu kubur kemudian akan kembali meninggalkannya. Kaum keluarganya akan kembali bersuka ria dan harta bendanya akan jatuh ke tangan orang lain. Tidak ada yang tinggal bersamanya melainkan amalannya. Jika amalannya baik, ia akan menjadi teman setia dan kalau amalannya jahat akan menjadi teman yang akan menyeksakannya sampai hari kiamat.

Kesimpulannya:

Kaum keluarga dan harta kekayaan, walau bagaimana sayang orang kepadanya akhirnya akan ditinggalkan juga. Tidak ada yang kekal abadi selain amal baktinya.


dipetik dari UTUSAN MALAYSIA 9 DISEMBER 2007

3 comments:

ainizakri said...

Rajiah..
tanpa sedar masa berlalu..eh nampak dah besar anak -anak.. saya punya YM pun dah bertukar..ID baru..ainizakri@yahoo.com
yang dulu..dah lupa password!!! kelakar kan..ibu yang sibuk le katakan.

Sri Diah said...

Salam utk Jiah dan untuk Ani jugak. Akhirnya bertemu lagi di sini. Semoga hubungan yang sedia terjalin akan menjadi bertambah akrab... sejak balik M'sia memang jarang dapat berhubung dgn Jiah, nampak sibuk sangat cikgu ni... ya anak-anak nampak dah besar ;-)

Anonymous said...

Salam kak aini, kak sri...

Alhamdulillah... dikesempatan cuti ni ler dapat yah ber blog semula. heeh hee