Sunday, December 9, 2007

TEMURAMAH

Pada awal November, seorang wartawa majalah NUR dan seorang jurugambar telah datang ke sekolah kami untuk merakamkan keindahannya. Mereka dilayan oleh Kak Haslinda, guru kaunseling sekolah. Saya sedang melangkah masuk ke bilik guru apabila terserempak dengan mereka disitu. Kak Linda, apa lagi, menyuruh saya posing, untuk bergambar di depan bilik guru sekolah. Kelakar rasanya.


Pagi tadi, seawal jam 10.00 wartawan majalah NUR menelefon saya. Dalam kekulatan dan keekcohan suara anak-anak beegaduh, Najihah menangis, saya ditemuramah melalui telefon. Sedang bercakap, telefon kehabisan bateri. Alamak, rasanya belum habis cakap lagi. Sampai kah maklumat yang cuba saya sampaikan? Menunggu-nunggu dia menelefon semula, tapi tiada... hmm..tak apalah, harapnya ok.


Tak sempat nak tanya, temuramah itu akan disiarkan pada NUR keluaran bila....

4 comments:

JahRera said...

salam rajiah,
tempekkanlah satu-dua gambar itu ke sini...nak tengok gambar rajiah yg terkini pulak.

rajiah said...

Insya Allah, kak lela.. namun berat yang terkini bertambah-tambah berbanding dulu.. heehh.. hee..

Sri Diah said...

Majalah Nur? Nanti saya tanyakan budak-budak tu, bulan berapa akan disiar.

rajiah said...

Terima kasih, kak Sri.. kalau keluar tu mmg gambar saya yang terkini sangat tu.. bulan November 2007