Wednesday, December 12, 2007

Sakit otot



Sejak 4 hari yang lalu otot di belikat saya terasa kurang selesa. Tiba-tiba semalam sakitnya semakin menjadi-jadi. Disapukan krim sakit otot menza cream malam itu, namun menjelang waktu tidur sakitnya mulai menyeluruh seluruh belakang badan!

Semalaman berpusing-pusing mencari posisi yang selesa untuk menidurkan diri. Telah ditelan panadol , namiun sakitnya badan, otot belakang bagai disiat-siat, ketidakselesaannya mengingatkan saya kepada bagaimana menahan sakit ketika kontraksi sewaktu mahu melahirkan anak!

Sewaktu pagi, alhamdulillah masih terasa keras dan kejang, namun tidak sakit menyeluruh seperti malam tadi. Semalam saya lebih banyak berehat, mahu memandikan anak juga menyakitkan, kerana tak berupaya menyedok air menggunakan gayung. Syukurlah suami banyak menolong, memandikan Najihah, menukar diapers, termasuk mengangkat kain di ampaian. Kami juga makan KFC tengahari itu, lantaran saya takut menggerakkan tangan!

Malam tadi saya suruh Aqilah tampalkan koyok plaster berubat, 4 di bahagian belikat, 1 di bahagia leher. Hari ini, Alhamdulillah terasa ringan bahu ini. Walau masih ada ketidakselesaan, namun masih boleh ditanggung. Bolehlah saya membersihkan rumah, menguruskan pakaian dan melayan anak-anak seperti biasa, Alhamdulillah.....

Dapat berita dari suami sebentar tadi dari ofisnya, dia pula yang sakit bahu seperti terseliuh... hmmm.... penyakit berjangkit ....???

p/s: gambar yang diposkan ini adalah khas untuk tatapan kak halela (Okinawa), gambar sekeluarga Aidilfitri 2007, kami sudah berlima sekarang ini, kak lela....

5 comments:

JahRera said...

salah rajiah,
k lela masih ingat lagi masa rajiah mengandungkan anak bongsu itu.
Dah besar budak tu.
anyway, thanks for the foto...happy semua pagi raya.

rajiah said...

Alhamdulillah ka lela.. dah 2 tahun setengah dah... cuma manjanya lebih2 sbb masih terasa dirinya baby lagi... semua org manjakan dia.. :)

Sri Diah said...

Ish Rajiah... tak kan berjangkit sakit belakang tu. Jaga makan, jangan makan benda sejuk. jangan buat kerja berat... kalau cakap dengan mak saya pasal sakit-sakit badan macam tu, mesti dia suruh makan jamu ;-) jamu tolak angin katanya.

zareda said...

rajiah
zar pun pernah skait belikat cam gitu.. nak tarik nafas pun sakit.. memang tak boleh buat apa pun.. sakit.. tapi zar makan pain killer.. terus hilang sampai sekarang.. ni semua angin dalam badan kena makan juga benda benda panas ni sikit..

rajiah said...

Kak Sri,

Melahirkan Najihah mak cuma jaga 2 minggu, after tu dlm pantang sendiri, biasa ler... macam-macam benda terlarang dah 'termakan'...Insya-Allah lepas ni kena jaga sikit makan..

Zar...,

betul, Zar.., nak ketawa pun terasa sakit, tarik nafas mcm tak puas...