Saturday, December 15, 2007

Berjumpa Sufiyan Has-Yun

Baby Sufiyan ialah anak kepada Yumi, adik ipar saya. Kami belum pernah bertemu Sufiyan kerana dia terjadi serta dilahirkan di Dublin, Ireland 2 bulan yang lalu. Baru semalam baby Sufiyan sampai ke Malaysia dengan keluarganya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung di Kangar, Perlis.

Esok, kami sekeluarga akan bertemunya di Hotel Equatorial, KLIA sebelum dia terbang ke Kangar. Yumi kata Aqilah, Ajmal dan Najihah boleh bermandi-manda di kolam renang hotel dengan kakak dan abang Sufiyan, iaitu Hakim dan Fatihah.

Mahu tahu apa makna Sufiyan...? KLIK SUFIYAN

4 comments:

Anonymous said...

salam

liza&azmi baru je bergelar dr, mereka akan pulang hujung tahun ni.. nantikan


kakngah

JahRera said...

salam rajiah,
dah baik sakit tulang ke?

Buatlah senaman yang boleh menguatkannya.
Selalu sangat makan pain-killer pun nanti kena kesansampingan pulak.

rajiah said...

kakngah,

Wah.... best nya si Norliza dan Azmi tu.. Yah masih teringat-ingat Yah dan Norliza sekelas sewaktu di ting 2 dan 3 dulu... yang Azmi pula sekelas sewaktu di matrikulasi.. dah ada phD dah diorang yek... rezeki orang... kakngah, boleh tak kakngah boleh beri alamat email Norliza..? Yah dah terdelete dulu...

Kak Lela..,

Alhamdulillah.. dah OK..dah.. dah boleh dokong Najihah dan mandi manda di kolam renang.. hee hee

ummueisya said...

Salaam,

kak jiah,...apa khabar,...lama tak dgr berita. Bilanya nak gi oversea lagi nie. sblm tu, maybe boleh dtg brisbane melancong dulu ... sementara saya masih kat sini kan...
kirim salam kat yumi, dah dpt Dr lah dia kan,...balik ke m'sia for good ke?