Thursday, December 6, 2007

Salam Khamis...,

Mengapa Wajib Membayar Zakat?

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t.

Maksudnya :

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."
Surah At Taubah (103)

Semalam saya cuba membuka beberapa laman web berkaitan zakat. Banyak kemudahan yang telah disediakan untuk pembayaran pembayaran zakat dewasa ini. Andainya tak punya masa untuk ke pusat zakat atau tidak terjumpa dengan orang-orang yang layak menerima zakat, kita tetap boleh lakukannya melalui e-zakat.

Malahan, pengiraan kadar bayaran zakat kita juga disediakan dengan mudahnya oleh PPZ MAIWP.

Sememangnya amat mudah menuaikan zakat.

Wassalam

2 comments:

Leyla Shuri said...

salam bersambung perkenalan kembali rajiah.
Ini k lela dengan nama baru.

rajiah said...

salam kak lela.. selamat berblog kembali.. harapan yah, kak lela seihat sejahtera sentiasa... :)