Sunday, February 3, 2008

IQRA'

Semasa remaja, saya gemar membaca novel-novel, tidak kira bahasa melayu atau bahasa inggeris. Setelah berkahwin, semasa mengandung habis juga buku what to expect when expecting dan buku amalan-amalan semasa mengandung. Lewat kelahiran Nur Aqilah, masa terasa semakin sempit, baca buku cuma celup-celup ( buku yang saya maksudkan ialah buku yang tebal, bukan majalah, kerana jika majalah, saya kerap menamatkan bacaan).

Kerjaya, ibu, isteri....., tak lama kemudian, lahir pula Ajmal Hadi.... juga saya tidak berupaya menamatkan bacaan... selepas itu lahir Nur Najihah.. semasa dalam pantang saya dapat habiskan 2 novel melayu karya sahabat suami saya, iaitu Faizal Tehrani. Itu setelah mendapat suntikan semangat dari kak Nisah Hj Haron, yang mengatakan beliau dapat menamatkan nivel inggeris tebal-tebal pada ketika waktu pantang, kerana ketika itu kita dalam keadaan 'rehat' ..

Hingga kini, seingat saya ada novel "kembang tak jadi".. karya seorang bekas wartawan, tak ingat namanya. Selepas itu buku berkenaan Dato' Mahathir, dalam pada itu celup-celup buku "Wau Bulan" berkenaan biibliografi bekas pengarah MAS dan ada lagi beberapa.

Kini, baru habiskan Red Paper Clip. Rasa seronok juga bila tamatnya satu-satu buku. Semakin terasa seronok apabila saya kongsi apa yang dibaca dengan anak- anak murid di sekolah. Contohnya buku Red Paper Clip, pada ketika saya sedang membacanya, saya kongsi dengan pelajar tingkatan 1 Rasional. saya merupakan guru sains di kelasnya, dan hampir setiap hari mereka bertanya, apa seterusnya yang berlaku dalam Red Paper Clip! Saya akan terus bercerita hingga bab-bab yang saya sedang baca.. dan mereka harus tunggu....!

Jadi, azam baru kini, mahu membaca sesebuah buku, dan cuba kongsi dengan pelajar-pelajar kelas lain pula, satu buku satu kelas... hingga tamat 9 buah buku untuk 9 kelas yang saya ajar untuk 2008! Amin.... semoga terlaksana....


p/s: Sila dapatkan majalah NUR Februari 2008.. ada wajah dan pendapat saya untuk ruangan cikgu coner.. juga gambar-gambar indah sekolah tempat saya mengajar...

SELAMAT MEMBACA.... dan terima kasih suamiku.... peminat tegar arena pembacaan....

4 comments:

zareda said...

satu buku satu bulan.. yerlah nak carik masa membaca dengan kusyuk susah betoi.. ada jer kerja menanti

rajiah said...

betul la zar.. macam-macam dugaan.. lebih-lebih lagi kita yang tiada bibik ni kan... hee hee

satu buku tu ntah beberapa lama baru boleh habis (jika kita nak menikmatinya dengan slow and steady..)

Nisah Haji Haron said...

ah... laman ixora kembali! Dah lama saya rindukan kisah-kisahnya.

rajiah said...

Salam, Kak Nisah.... laman ixora bercatatan dari Gombak pula... namun, dalam keriuhan meredah bingit suasana di sekolah, frekuensi kewujudan entrinya masih tidak menentu :)