Tuesday, February 19, 2008

PENGALAMAN MINGGU LEPAS

Tahun Baru Cina yang lalu kami sekeluarga pulang ke kampung saya di Batu Pahat, Johor. Petang Sabtu, hampir jam 6 petang baru kami tiba semula di rumah Gombak. Kepenatan, saya hanya mengemas ruang dapur seadanya. Pintu dapur saya buka, sekadar menjenguk kesejahteraan di luar dapurku itu... semuanya baik... dan saya menutup pintu....

Isnin, seawal jam 7.00 pagi kami keluar bekerja semula, Selasa- kerja, Rabu- kerja, Khamis - kerja, Jumaat- kerja... balik rumah jam 7.00 malam, saya memasak makan malam, makan dan tidur. Sepanjang jangka masa seminggu itu, kami ada terhidu bau yang kurang enak di dapur rumah, namun kami andaikan mungkin ada tikus mati di longkang bawah rumah, kerana pernah sekali terjadi. Dalam kesibukan kerja dan kerja, kami tidak mengendahkannya.

Hari Sabtu.. saya tercium bau seperti belacan yang basah dari dapur. Amat kuat.. ahh.. ada jiran yang buat belacan kah? Jam 8.00 pagi, Ajmal, Aqilah sibuk mahu main kolam plastik di belakang rumah. Maka, julung-julung kalinya sejak seminggu yang lalu, saya membuka pintu dapur rumah!

Dengan terbukanya pintu... Masya-Allah.... saya terlihat seekor kucing hitam yang sedang terbaring di situ, perut yang sudah membuncit dan meletupkan ulat-ulat bangkai. Meremut-remut ratusan ulat-ulat bangkai yang gemuk dan bulat-bulat sedang menikmati kelazatan perut dan daging bangkai kucing tersebut!!

Saya terjerit memanggil suami. Aduh... mencabarnya pekerjaan nan satu ini... berusaha sama, kami mengangkat bangkai yang kian luruh itu atas kertas surat khabar, litupnya dan dibungkus ke dalam lapisan demi lapisan plastik yang tebal-tebal. Suami membawanya ke luar, mengejar lori sampah.

Saya pula.... menggunakan getah penyembur air, berusaha menyiram ratusan sang ulat yang montel-montel itu ke dalam longkang besar. Entah berapa gelen air telah saya gunakan
!! Tak sudah dengan itu, saya siramkan klorox banyak-banyak, sental hingga putih berseri kawasan simen itu, dan di bilas dengan Ajex Fabuloso wangian ros sebanyak yang boleh.

Itulah pengalaman saya itu minggu lepas.....

7 comments:

JahRera said...

salam rajiah,

eeeee...gelinya...naik bulu roma tenguk ini!

rajiah said...

hee hee... memang meremang bulu tengkuk melihatnya...

Mohd Shukri b. Mohamad Jani & Rafidah bt. Hamdan said...

salam. Kak Jiah, ni Fid (Rafidah). kwn lama kat CEPP. ingat lg x? saya dah lama nak cari akak tapi x jumpa2. saya skrg kat UK...futher study.teringat nak cari yumi. taip kat internet terjumpa blog akak ni. akak email saya nanti eh.. rafidahhamdan@gmail.com.
betul2 rindu la kat akak..

rajiah said...

Ya Allah... fid..! Lamanya tak dengar berita...! Tahniah dah kat UK yek.. sampaikan salam kak jiah pada Syuk.. waa.. itu hari pengantin tak jemput kak jiah pun... he hee

Mohd Shukri b. Mohamad Jani & Rafidah bt. Hamdan said...

salam..akak mengajar kat gombak ke? shuk pun dah jadi cikgu sekarang. tapi sekolah rendah jer. dia mengajar kat pt yaani, bt pahat. tapi sekarang jadi surarumah tangga sepenuh masa.
dah besar anak akak yang sulug tu. dah sekolah ke?
akak, yumi kat UK lagi ke? bila nak jumpa akak ek...rindu la..
nanti bila balik BP boleh la kita jumpa.akak kan org BP kan, Tmn Soga ye..ingat2 lupa dah ni.
ok akak..nanti kita sembang lagi eh.bye.

rajiah said...

Fid.. tak pe, Si Shuk tu, cikgu sekolah rendah pun, gaji tangga chemical engineer kan.. hee hee.. professional...

Anak yang sulong darjah 2, nombor 2: 5 tahun, ketiga 3 tahun..

Hee.. fid kan dah di UK.. laa.. macamana pulak nak jumpa kat BP ni.. kita jumpa dalam mimpi lah yek... :D
jangan marah...

Mohd Shukri b. Mohamad Jani & Rafidah bt. Hamdan said...

salam..akak demam pilihanraya lagi ke? rakyat malaysia telah membuat kejutan di dalam memilih pemimpin. apa2 pun kita berdoa yang terbaik untuk MALAYSIA negara tercinta. hehe saya x minat politik sebenarnya tapi sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keamanan kita akan berkekalan..INSYAALLAH.
akak ni blog saya. klu rajin buka ler. shuk yg selalu menulis tapi jarang jugak la. sibuk dgn anak, afiq.saya lagi la. x sempat sgt nak menulis kat blog tu
http://ptrajatoleeds.blogspot.com
ok..nanti sembang lagi eh.
wassalam