Friday, April 25, 2008

KETUA YANG DIRAHMATI ALLAH

Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan sekadar diukur kepada kecekapan seseorang ketua mentadbir dan mengarahkan staf-staf membuat apa yang diarahkan. Seorang ketua dedikasi yang disegani adalah seseorang yang juga pandai menguruskan modal insan staf di bawahnya.

Kerana terdapat kata-kata, seorang ketua yang baik adalah ketua yang dihormati, bukan ditakuti. Bererti segala amanah yang dilakukan adalah kerana hormatnya kita kepadanya, bukan kerana takutnya kita kepadanya. Itulah nilai seorang ketua yang dirahmati Allah.

Staf yang bekerja seperti robot tidak akan merasa kasih kepada organisasi yang dianggotainya. Tiadanya kasih akan menyebabkan tiadanya budi. Lantaran itu, sedikit demi sedikit mempengaruhi prestasi diri secara individu, prestasi jabatan secara berkelompok, lantas prestasi organisasi secara menyeluruh.

Ketua yang dirahmati pandai menjaga hati dan maruah staf dibawahnya. Namun tidak dapat dinafikan, adanya ketua yang pandai bermuka-muka. Malah bijak memanipulasi kata-kata. Ketua begini adalah racun dalam daging. Bahaya menanti di mana-mana.

Nikmat bekerja berpasukan seharusnya menjadi budaya nilai kerja dimana-mana jua. Individu yang paling meminkan peranan ialah ketua sesebuah organisasi. Bukan mudah menguruskan kerenah manusia, namun harus pandai membeza yang mana nila yang mana susu. Usah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Usah lupa jasa si susu yang berpatah arang membekal protein kepada kehidupan.

Ketua yang dirahmati Allah kuat nilai agamanya, kerana itulah jiwanya tenang. Kerana itulah jiwanya bersih dan hatinya tidak busuk dengan prasangka. Kerana zikrullah boleh mengusir syaitan yang rajin berbisik-bisik pada hati.

Suka diingatkan pada semua, jadilah ketua yang dirahmati Allah..

2 comments:

nor sila said...

kadang2 jiwa kita berbeza2 banyak hikmahnya dijadikan manusia pelbagai ragamnya.. segala perbuatan, perlakuan adalah dengan izin ALLAH. jadi semuanya itu ujian dari ALLAH SWT..ibarat melawan arus kita juga yang penat, jika kita kena pada arusnya insyaALLAH sungguh indah sebenarnya... Tahniah kak jiah nukilan akak.. saya suka..

rajiah said...

Salam Sila..

Terima Kasih, Sekadar meluahkan rasa hati.. kerana kita semua adalah ketua (khalifah). Harapnya arus yang kita wujudkan tidak akan sampai memudaratkan orang di bawah kita..

dan tiada buaya ye.. heh hee..