Monday, May 5, 2008

Sambal Lote

Hujung minggu yang lalu saya dan anak-anak pulang ke kampung halaman di Batu Pahat, Johor. Emak membuat sambal yang mudah, namun emak. "Sambal Lote" nama diberi.

Resepi Sambal Lote
  1. Lada merah dan hijau
  2. Bawang kecil
  3. Belacan
  4. Sebiji limau manis
Cara-caranya
  1. Goreng lada merah + bawang putih + belacan digoreng di dalam minyak hingga naik bau
  2. Tumbukkan semua bahan yang telah digoreng tadi menggunakan lesung batu, jangan sampai lumat
  3. Perahkan sebiji limau manis
  4. "Sambal Lote" siap untuk dihidang
Sambal ni sedap dimakan dengan nasi yang dimasak agak lembut yang panas, pada hari yang panas, bersama segelas air yang sejuk

Selamat Mencuba..!! (Saya bawa balik satu bekas sambal lote untuk juadah di rumah sendiri pula)

2 comments:

Zareda said...

resepinya macam sambal lado ijo.. tapi tak masuk tomato jer...

rajiah said...

zar, lado ijo tu resepi kaum apa yek.. hmm.. kalau gitu nak tambah tomato la kat sambal lote tu.. jadi lado ijo..