Wednesday, July 2, 2008

Aku dan Penulisan

Salam,

Aku suka menulis. Cubaan pertama sejak di tingkatan 2 tahun 1989 yang lalu. Tanpa mendapat pendidikan dalam dunia penulisan secara formal, aku cuba membuat cerpen-cerpen ( yang selalunya cuma syok sendiri) dan cubaan menghantar tulisan ke Dewan Siswa, yang membuahkan hasil apabila tersiar di Ruangan Cetusan Pendapat. Aku seronok sekali.

Beberapa cerpen juga dihantar untuk pertandingan peringkat sekolah, selalunya dapat hadiah saguhati, pertandingan cerpen dalaman pusat di peringkat matrikulasi (waktu itu di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah), mahupun penulisan pendek untuk risalah Gema Aquilla sewaktu aku di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM.

Cubaan keduaku ialah coretan isi hati tentang Remaja, tersiar di Utusan Malaysia, juga sewaktu aku di UKM. Dan selepas itu, aku tidak menulis lagi. Sibuk dengan dunia rumahtangga, kerjaya dan bayiku.

Hinggalah aku apabila berada di Edinburgh, Scotland 2003-2004. Aku cuba mengasah bakat semula. Cubaan berblog (lamanixora 1) membuahkan hasil. Walau pada mulanya niatku untuk mengatasi kebosanan, namun ia banyak memberi pengalaman dan juga menguntai persahabatan dengan ramai orang dalam dunia blog. Berbekalkan pengalaman di Scotland, aku mulai menghantar catatan pengembaraan kami sekeluarga dan tersiar di majalah Pa&Ma selama 10 bulan.

Catatan demi catatan tersiar di Utusan Malaysia sepanjang tahun ini, Alhamdulillah

Kini aku ingin terus menulis dan menulis. Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat.

Terima Kasih atas dorongan suami tercinta, Khairusy Syakirin Has-Yun. Seorang pencinta buku dan penulis yang tegar sejak kukenali hingga kini.

5 comments:

alias derais said...

salam. i dah baca n3 u ni.nampaknya, asas penulisan tu dah kuat. cubalah pula tulis karya kreatif. tak cuba, tak tau kan? muga sukses.

rajiah said...

Salam,

Terima kasih. Insya-Allah teringin sekali mencuba... :)

Ainin Naufal said...

tahniah kak, dh banyak keluar hasil kerja akak tu. teruskan ya.

rajiah said...

Terima kasih Ainin, teringin nak cuba karya kreatif macam ainin, namun kurang idea..

kay aniza said...

Cik puan Rajiah, perkongsian pengalaman yang bermakna. Saya baru cuba-cuba menerokai bidang penulisan kreatif.Dulu pernah cuba menulis artikel di majalah dalam tahun 2007 dan 2008 tapi lepas itu terhenti. Cik puan mmeberikan saya inspirasi untuk menulis kembali. terima kasih!