Tuesday, July 8, 2008

NIKMAT DISEBALIK UJIAN

Salam,

PETIKAN BERIKUT HASIL NUKILAN SAHABATKU, KAK SITI RAHA ABDULLAH, SEORANG GURU YANG DEDIKASI, HAMBA ALLAH YANG ZUHUD DAN SENTIASA BERMUHASABAH DIRI BAGI TUJUAN MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH

"Nikmat dan rahmat ALLAH kadang-kala diberi dalam bentuk tersembunyi. ALLAH sembunyikan di celah musibah atau kesusahan. Nampak seperti ALLAH dera atau susahkan seseorang hamba, tetapi di situlah ada nikmat. Oleh kerana tersembunyi, nikmat ini hanya boleh dirasai oleh hambanya yang mahu mencarinya. Ia menguji kebijaksanaan dan keimanan kita. ALLAH juga mengurniakan akal fikiran untuk kita mencungkil hikmah atau kebaikan di sebalik musibah itu. Menurut pakar motivasi, seseorang itu di saran mempositifkan setiap perkara. Insyaallah nanti akan terhasil perkara-perkara positif di celah yang negatif. Cakap memang nampak mudah tetapi pelaksanaan nya belum tentu kita boleh buat. Sebab itu kita perlu kuat dari segi mental dan fizikal. Nak kuat mental kita perlu kuat hubungan dengan ALLAH. Kalau dalaman kita sudah kuat insyaallah kita boleh hadapi setiap ujian itu dengan redha. Begitu juga sekiranya sesuatu hajat kita tidak tercapai. Terhalang daripada mendapat yang diingini juga sebenarnya merupakan kebaikan dari ALLAH. Ia juga satu nikmat tersembunyi.

ALLAH berfirman ' kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu" Oleh itu hajat tak kesampaian jangan dilihat negatif. Sekiranya kita sudah puas berdoa, namun ALLAH tetap tidak memakbulkan permintaan kita. Janganlah kita keluh- kesah dan berdukacita. Mungkin tidak kesampaian hajat itu banyak baiknya. Nikmat tersembunyi di sebaliknya mungkin tidak dapat kita rasai sekarang tapi mungkin kita akan rasai setelah lama masa berlalu. Disitulah besarnya erti sebuah kesabaran. Ataupun ianya menyuburkan rasa kehambaan kita. Hati rasa tenang lantaran akur dengan takdir Tuhan. Ini pun merupakan satu nikmat.

SITI RAHA ABDULLAH.



4 comments:

Sri Diah said...

Rajiah;
Akak komen di sini = Selamat Ulangtahun Kelahiran, semoga panjang umur dan sihat. Bahagia di sisi suami dan anak-anak tercinta.

Ya, Jiah boleh menulis, teruskan. En Abang dam bapa mentua tentu sentiasa akan memberi sokongan.

Good luck.

rajiah said...

Salam,

Kak Sri.. Terima Kasih atas semua ucapan...

Insya-Allah kak Liza Pa&Ma maklumkan, artikel saya akan ada di Pa&Ma Ogos ini..

TQ sekali lagi pada kak sri & Pa&Ma yang memberi peluang pada saya.. :)

cikgooden said...

siti raha abdullah?..

macam pernah denga jer nama nih..

salam ziarah..ahakksss..

siti raha?..isk..isk..macam kenal la..cuma lupa binti apa..

rajiah said...

Cikgooden:

Cikgu Siti Raha. Orang Gombak. Dulu belajar di UiTM Kelantan dan sambung di UPM... hee hee is that help you recalling something?