Friday, October 24, 2008

Al Ameen

Salam..,

Penat mental sungguh sejak dua menjak ini. Namun ada sesuatu yang boleh kukongsi bersama..

Sepetang Selasa kak Raha menganjakku ke Al Ameen Serve Holding di Setapak. Rupa-rupanya memang rezekiku... Al Ameen telah lama berada dalam perhatianku, tentang operasinya menjalankan ibadah korban dan akikah di Kemboja, namun belum berkesempatan mengkaji lebih dalam.

Umum ketahui bagaimana taraf ekonomi penduduk Kemboja yang serba kekurangan, walaupun majoriti adalah Islam. Kami berkesempatan berkenalan dengan Mufti Negara Kemboja. Beliau boleh berbahasa Malaysia, walau semacam kurang fasih.

Dari foto yang ditunjukkan, keadaan di sana lebih menyerupai negara kita diawal tahun 70-an dahulu. Insaf melihat ramainya kanak-kanak berwajah melayu, comot, berkaki ayam, namun terpancar kejernihan di matanya.

Untuk mewakilkan Al Ameen menjalankan ibadah korban dan akikah bagi kita amat mudah, dan harga yang amat berpatutan. Malah, dengan mengambil bahagian juga, kita berpeluang mendapat cabutan bertuah, berupa lawatan ke Kemboja bagi menyaksikan sendiri Ibadah Korban yang dilakukan di sana. Aku juga mendapat cenderahati berupa novel karya Faisal Tehrani berjudul Tuhan Manusia, kursus mambaca quran bersama tajwid percuma selama sehari dan diskaun 30% membeli mana-mana buku keluaran Al-Ameen ( Al Ameen sebenarnya sebuah syarikat pemasaran buku). Kami juga diberi buku bacaan kanak-kanak ( aku memilih tajuk Hidi dan Pari - khas untuk Hadiku berlatih membaca)

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik www.korbanaqiqah.com.my

Wassalam

No comments: