Wednesday, January 14, 2009

Nikmat Sihat

Salam,
Cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Kangar, Perlis. Waktu itu, angin bertiup kencang seperti sekarang ini. tiupan angin sawah memang mengasyikkan, sejuk dan nyaman. Namun tidak bagi Mak Lang ku yang berumur 68 tahun. "Orang sihat rasa lah sedap, Yah.." balasnya bila ku katakan nikmatnya angin ini. Angin yang nyaman itu dirasakanterlalu sejuk olehya, hingga kurang menyenangkan dan memudaratkan kesihatan.
Aku terfikir sejenak, Ya.. tepat sekali katanya. Apabila sihat, semuanya akan menjadi mudah dan seronok bagi kita.
Aku mula merasai apa yang Mak Lang rasai itu sekarang. Diserang demam panas, angin yang selama ini kurasakan nyaman sekali begitu menggigit kulitku. Membuat badan seram sejuk dan tidak keruan. Aku mulai "takut" pada tiupannya.
Lantaran itu, ingin kuingatkan pada diriku dan rakan-rakan, hargailah kesihatan yang baik anugerah Allah ini. Dalam pada yang sama, usah dilupa pada yang sakit kerana kesihatan dan kesakitan adalah merupakan ujian pada diri ini. Usah fikir kesihatan anugerah Allah yang berterusan adalah lesen pada kita untuk merasa megah dan memandang rendah pada individu yang kurang sihat dan lemah.
Ya Allah, LINDUNGILAH diri ini dari perasaan riak pada kesihatan yang baik dan perbuatan berkeluh kesah bila diuji dengan kesakitan.....

No comments: