Saturday, February 21, 2009

Salam..,

HARI INI HARI MELAWAT MUZIUM..

Banyak perubahan positif yang amat menarik dan berteraskan ICT telah digunapakai oleh Muzium Negara - contohnya perihal kehidupan zaman pra sejarah. Informasi jelas dan menarik sekali. Sebuah gua penempatan orang purba, dengan patung-patung dan paparan LCD menunjukkan pergerakan aktiviti seharian mereka (manusia pra sejarah) dalam gua itu amat menakjubkan!

Begitu juga dengan model binaan sebuah perkampungan pelabuhan di Zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain daripada model rumah-rumah melayu, kapal dan sampan dagangan serta miniatur patung manusia, kesibukannya lebih dirasai dengan paparan hologram aktiviti perniagaan di kampung tersebut dan aktiviti pemunggahan barang dari kapal dagang! Kelihatan begitu sibuk manusia dalam paparan hologram itu menjalankan aktiviti mereka. Amat menakjubkan kerana kelihatan kampung itu benara-benar hidup! Dek kerana terlampau kagum, hingga terlupa mengambil fotonya sebagai paparan di sini.

Bangga dengan kemajuan Malaysia. Sebelum ini pernah melawat beberapa muzium di Scotland dan Ireland, namun muzium Negara Malaysia juga yang saya rasakan begitu hebat!!

Cuma... kedai barangan cenderahatinya semacam kurang berkaitan dengan sejarah. Seperti key chain dan magnetik watak kartun, pensel warna-warni berkarakter kartun, cincin dan brooch perhiasan yang biasa di dapati di tempat-tempat lain dan banyak lagi benda seumpama dengannya, rasanya tak perlu ada di kedai itu. Namun ada juga berangan yang patut dipuji seperti permaianan tradisional - lastik, papan congkak, set guli, set batu seremban.

Mungkin lebih bagus jika ada gambar-gambar peta lama tanah melayu yang telah diframekan sebagai hiasan, koleksi keris, replika tongkang dan pelbagai replika barangan bersejarah, patung berpakaian tradisi masyarakat suku kaum di Malaysia, mungkin patung Hang Tuah berlima saudara dan lain-lain yang berkaitan.

Untuk gambar dan maklumat lebih lanjut... jemputlah ke blog SUAMI ( kembara pencinta buku)

Saya Bangga menjadi Anak Malaysia..

No comments: