Saturday, February 28, 2009

Salam..

Demam lagi.. dalam tahun ini saja, baru 2 bulan, sudah 2 kali juga aku dilanda demam panas. Sesuatu yang agak ganjil kerana selama ini aku terlalu jarang demam (Syukur nikmat Tuhan).. Namun entah menagapa tahun ini pertahanan badanku kurang kuat..

Mungkin aku banyak memendam rasa.. ku cuba jerukkan jauh di lubuk hati, harapanku, biarlah ia melupus begitu saja.. tidak tahu bagaimana lagi harus diluah untuk dikongsikan.. kerana silap langkah ia membarah, lebih menyakitkan naluri ini...

Ya Allah, pimpinilah aku ke arah jalanMu yang lurus. Hanya Kau Tuhan sekelian alam, Tuhan yang menjadikan aku, kita semua. Ya Tuhan, tunjukkanlah jalan untuk ku menjadi hambaMu yang redha dalam pasrah...