Monday, March 16, 2009

SEHARI DI PERPUSTAKAAN SHAH ALAM

SALAM,

Semalam saya ke perpustakaan Shah Alam, menumpang suami yang harus menghadiri mesyuarat di sana. Kesempatan yang ada saya pergunakan untuk "sedikit ulangkaji"

Memang ramai ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mengunjungi perpustakaan Shah Alam semalam. Saya bangga dengan feomena itu. Menunjukkan ada kesedaran di kalangan masyarakat kita untuk mengenalkan fungsi perpustakaan kepada anak-anak.

Para remaja juga tidak ketinggalan mengunjunginya. Saya perhatikan, ada yang membuat kerja sekolah dan rujukan, tak kurang juga yang berjumpa rakan remaja, bersama-sama ingin menggunakan kemudahan internet di situ.

Suatu yang mengusik hati saya ialah kehadiran sekumpulan kanak-kanak berusia antara 9 hingga 10 tahun, bersama seorang remaja lelaki, mungkin berusia 14 tahun. Mereka mencari lokasi yang sesuai untuk diduduki dan mendapat tempat itu di sebelah saya. Mereka terus membuat latihan kerja sekolah dengan bersemangat dan serius. Salah seorang kanak-kanak tiba-tiba menanyakan tentang lokasi buku pengakap dari remaja tersebut, dia menjawab dengan amat berhemah, semangat ingin membantu dan melangkah untuk membantu kanak-kanak itu mencari buku pengakap di rak yang sepatutnya.

Saya ambil kesempatan menegur salah seorang kanak-kanak dalam kumpulan itu, rupa-rupanya mereka berjiran. Datang bersama-sama ke perustakaan ini untuk membaca dan membuat kerja sekolah. Saya perhatikan, mereka memang mencapai objektif tersebut ! Berbanding sebahagian remaja yang asyik bersembang-sembang sesama sendiri. Saya kagum melihat sifat tanggungjawab "abang" dalam kumpulan tadi menjaga dan melayan "adik-adik" sepanjang pengembaraan mereka ke Perpustakaan.

Semoga masih ramai lagi remaja-remaja di luar sana yang memiliki semangat seperti itu...

2 comments:

sonata anak kancil said...

Harap bebudak gi library tu, manfaatkan betul2. Jangan ade, cakap ngan mak bapak gi library, memang betul gi, tapi tak manfaatkan masa di library.Tu yang kita nampak ada yang bersembang / tak study...

rajiah said...

ya, sonata.. dan semua itu memerlukan kesedaran dalaman para remaja.. tentang destinasi dan arah tuju sebenar aktiviti, sekaligus kehidupan mereka..