Friday, April 17, 2009

OUT OF THE BOX

Salam..,

Sedar tak sedar sudah sebulan rupanya tidak bercacatan.. tahun 2009 ini terasa terlalu cepat berlalu. Mahu dikatakan sibuk, dalam kesibukan itu sebenarnya masih ada ruang waktu yang boleh dikongsi bersama..

Hari Jumaat, seperti selalunya hari yang kunanti.. maklumlah esok Sabtu tidak bekerja. Terasa mahu dilepaskan lelah hal kerja, tidak kiralah kerja sekolah atau kerja rumah. Terasa mahu sesuatu yang diluar kebiasaan, "out of the box". Semalam baru saja mengutarakan idea ini pada teman guru, sekadar makan ais batu campur atau cendol, atau apa-apa minuman eksotik luar biasa.. sudah cukup untuk menyegarkan kembali minda dan fizikal ini...


Tidak mengapa.. Pesta Buku Antarabangsa.. Insya-Allah esok, saya,
suami, seorang pencinta buku dan anak-anak akan ke sana. Mungkin menaiki tren.. hmm.. terasa seronok, itu juga sudah menjadi "out if the box" bagi diri ini dan anak-anak, sesuatu yang lain dari rutin ... dan.. mahu kucari buku berkaitan hiasan dalaman... mmm.. sudah tentu suatu kelainan buat diri ini... :)

4 comments:

sonata anak kancil said...

ye la ,lama tak dengar / baca cite dari cikgu...best kalau dapat gi pesta buku, kalau ada peluang memang nak gi jugak!

rajiah said...

Alhamdulillah... banyak betul pilihan di sana.. paling membanggakan, orang ramai berpusu-pusu ke pesta buku, bukan ke pesta jom heboh saja..

zulaikha said...

assalamualaikum cikgu,
apa khabar??
harap cikgu shat...

jemputla tengok2 laman sy..
http://zulaikha89.wordpress.com

rajiah said...

Salam,

Muidzah.. Alhamdulillah sihat.. nanti saya datang.