Thursday, April 23, 2009

Project Based Learning

Salam..

Rasa lega.. baru selesai dipantau oleh 3 orang pegawai dari Unit Sains dan Matematik Jabatan Pelajaran Selangor untuk Projek yang saya usahakan iaitu Project Based Learning bagi subjek Kimia. Pemantauan ini adalah untuk tujuan calon Anugerah Guru Inovasi peringkat Negeri Selangor.
Alhamdulillah rasa lega setelah dipersembahkan semuanya, masih banyak ruang yang boleh saya teroka, teruskan usaha. Kalau tak dicuba, takkan tahu hasilnya. Alhamdulillah ketiga-tiga pegawai tersebut terlalu baik dan berhikmah, hilang rasa gementar bila berbincang dengannya secara profesional.
Semoga percubaan ini menjadi titik tolak untuk usaha yang seterusnya...
Petang ini ke Pesta Buku lagi dengan Suami tercinta... :)

2 comments:

sonata anak kancil said...

Tahniah, semoga berjaya!

rajiah said...

Terima kasih, cikgu Sonata. Rasanya belum boleh berjaya lagi kot.. banyak ruang kosong yang harus diteroka.. :)