Thursday, July 2, 2009

RINDU BLOG

Salam..,

Rindu pada blog ku ini. lama sungguh tidak bercatatan. Komputer bimbit milik sekolah ada sedikit masalah konfigurasi hingga tidak dapat mengesan wireless sekolah. Kerja-kerja sekolah banyak (biasalah) namun kerja peribadi juga banyak, maklumlah segala urusan pindah rumah, memang memenatkan. Rumah baru, belum ada internet.


Alhamdulillah setelah 10 tahun, dapat juga kami merasakan rumah sendiri (walau sebelum ini ada di JB namun hanya sebentar menikmatinya sebelum berpindah ke KL dan rumah itu pun disewakan). Pening juga memikirkan kotak-kotak yang harus dipenuhkan dengan barang, yang pastinya keperluan utama patut berada dalam kotak yang mudah dicari. Tamat berpacking, sedikit demi sedikit barang-barang dipindah ke rumah baru. Hingga tepat Sabtu tanggal 13 JUN 2009 yang lalu, lori mula mengangkat barang-barang besar. Semuanya beres. Namun semuanya menuntut pengorbanan dari segi fizikal, mental dan material. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah... tahun ini Najihah dan aku menyambut hari lahir masing-masing iaitu pada 16 Jun dan 24 Jun di rumah nombor 69... Bacaan Yassin Badan kebajikan Staff Sekolah telah kuanjurkan di kediaman baru ini.. terima kasih sahabat-sahabat.. dan kredit juga untuk ayah dan mak yang memasakkan nasi biryani pada hari itu... Salam...


No comments: