Monday, May 18, 2009

TERATAK HIJJAZ 15- 16 MEI

salam,

Baru pulang dari Teratak Hijjaz, di Sungai Merab, Kajang. Menghadiri Team Buiding di sana. Alhamdulillah, pengalaman yang amat berharga. Maklumlah dah tua-tua ni, rasanya dah terlalu lama tidak menjalani kursus seumpama itu, walaupun saya aktif menjadi fasilitator kem-kem motivasi semasa di UKM dahulu.

Bermacam input yang diperolehi. Semuanya positif-positif dan boleh menambah ilmu di dada.


AKTIVITI THE MUMMY

ANTARA LAGU YANG MEMBERI KESAN PADA PERASAAN INI KETIKA TEAM BUILDING, MARILAH HAYATINYA, DAN LIHAT KEBENARANNYA..

Hijjaz

Mata Hati

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

No comments: