Thursday, May 14, 2009

SETIAUSAHA

Saya suka menjadi setiausaha. Malah, sejak di zaman persekolahan, antara jawatan saya ialah setiausaha, kalau pun tidak, bendahari.

Sewaktu berada di universiti, menjadi setiausaha Biro Kebajikan Persatuan Mahasiswa peringkat Fakulti.

Tahun lepas, walau saya Ketua Panitia Kimia, turut menjadi setiausaha Panitia Geografi kerana mengajar subjek tersebut. Saya suka menjadi setiausaha kerana segala urusan adalah berkaitan dengan antara 2 individu, iaitu saya dan ketua. Apa ketua suruh, kita buat sebaik, setepat dan secepat mungkin, disamping memberi idea dan maklumat kepadanya.

Namun kini, saya merupakan setiausaha PATS sekolah. Aduh.. nampaknya tanggungannya lebih besar dan mula membuatkan saya pening kepala. Walaupun dasarnya urusan antara saya dan penolong kanan, tidak hanya sekadar itu. Setiausaha kali ini menjadi orang tengah ketua, terpaksa berurusan dengan puluhan manusia, yang punya banyak ragam dan kepala.

Namun saya sedaya upaya cuba biasakan diri menjadi setiausaha yang ini. Rasanya tidak sesusah mana andai sudah biasa. Yang penting, punyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan puluhan-puluhan manusia itu.. itulah yang dipesan oleh personel yang memberi kursus kepada setiausaha-setiausaha PATS. Juga... kesabaran dan toleransi yang optimum dengan berpuluh-puluh manusia...

Insya-Allah....

2 comments:

Pengetua Seri Kundang said...

Tahniah, jadi setiausaha PATS. Rajiah boleh melakukannya... Yes.. "communication". Itulah senjatanya...tak rugi minta tolong..k all the best.

Anonymous said...

when your are feeling "stressed" and about to break down ,
just remember "stressed" is just "dessert " spelled backward.....




from :basirah
(ex -student 5 ibnu sina "07")