Thursday, May 7, 2009

BUDI BAHASA

Salam..,
Kita selalu menyuruh anak-anak dan remaja kita untuk berbudi bahasa. Budi bahasa adalah sesuatu yang sememangnya dipupuk sejak kecil. Dari asuhan pertamalah ianya berkembang mekar dan akan menjadi sebati dengan diri, perwatakan dan pembawaan seseorang individu.
Ini kerana tidak sedikit orang dewasa, samaada golongan umur kategori belia (25 - 50 tahun) mahupun warga emas (atas 50) yang sebenarnya kurang berbudi bahasa. Budi bahasa boleh dibaca dengan nada suara, cara percakapan mahupun lenggok tubuh badan atau ekspresi facial (mimik muka).
Kita boleh lihat jelas dalam klasifikasi individu yang sememangnya kurang budi bahasa. Intonasi suara, bercakap ikut sesedap rasa, mimik muka yang keterlaluan dan kepala angin tidak menentu, yang tidak langsung memikirkan perasaan orang lain.
Ada yang mengatakan, alah.. dia tu luar kasar, dalam baik hati.. namun pada saya, sebaik mana pun hati individu itu, terserlah juga dengan kata-kata kesat dan kuat yang dihamburkannya. Dengan kata-kata bisa melukakan hati orang lain, ini kan pula mahu diakui sebagai baik hati? Ingatlah, setiap perkataan, perbuatan, fizikal mahupun mental akan dihisab di akhirat kelak. Bimbang pahala hati yang baik tidak dapat menangkis impak budi bahasa yang buruk sesama insan.
Marilah kita sama-sama menjadi manusia berbudi bahasa, baik luaran mahupun dalaman. Biarlah akhlak mulia dan peribadi nan indah menjadi perhiasan diri, akan menjadi kenang-kenangan sehingga kita dipanggil Ilahi...
Teringat sebaris lirik lagu, "Akhlak mulia semua orang suka.., akhlak mulia semua rang suka"

2 comments:

JahRera said...

salam rajiah,

dah lama jahrera tak jenguk sini, harap maafkan kerana sibuk dengan tugas-tugas keluarga.

jahrera sangat setuju dgn catatan ini.

setiap perkataan yg kita ingin ucapkan seharusnya ditapis terlebih dahulu sebelum dilafazkan.


semoga ceria selalu dgn keluarga.

rajiah said...

Salam..

Ye Kak Lela.. Harapnya Kak Lela dan keluarga sentiasa sihat sejahtera, di bawah lindungan Ilahi.. SELAMAT HARI IBU... :)