Saturday, March 20, 2010

Kemilau Peribadi - Nik Abdul Aziz Nik Mat

Usai membaca buku "Kemilau Peribadi - Nik Abdul Aziz Nik Mat" tulisan Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron, saya terpana dan terkesima. Subhanallah, unggulnya sebutir intan yang diberi nama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara isi kandungan yang membawa saya kepada betapa dangkalnya akal fikir ini ialah tentang isu penggunaan nama Allah oleh pihak gereja. Ramai yang kalut. Ramai yang marah. Media semasa memetik pelbagai pandangan marah VVIP, VIP, rakyat jelata, raja-raja. Ada yang melaungkan kemarahan dengan sepanduk di tepi jalan. Namun, media juga bertanyakan pendapat Ulama' yang satu ini. Ternyata berbeza dari yang lain. Ada yang marah. Saya turut berfikiran, sememangnya benar, ALLAH adalah TUHAN sekelian alam, hanya ALLAH tuhan semua manusia. Namun ilmu saya yang cetek juga memikirkan, jika kita membenarkan penggunaan istilah itu dalam edaran gereja dan kristianisasi, pasti ramai remaja kita yang cetek ilmu agamanya akan terpesong arah, mencari "Allah" dalam erti kata yang salah dan mudah.

Rupa-rupanya dalam buku ini ada diperincikan jawapan Nik Abdul Aziz yang kaya ilmu agamanya

Kita boleh mengizinkan, JIKA pihak gereja sedia meletakkan deklarasi terbuka di muka surat pertama bahagian hadapan dalam setiap naskah penerbitan yang mahu diterbitkan. Deklarasi yang berbunyi:

DENGAN INI DIISYTIHARKAN BAHAWA APA YANG KAMI MAKSUDKAN ALLAH DI SINI MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA, YANG MENJADIKAN SELURUH ALAM, LANGIT DAN BUMI, DALAM KERANGKA PENGERTIAN DAN PERSEPAKATAN MAKNA SEPERTI YANG DISEPAKATI SELURUH AGAMA SAMAWI YANG ASLI. ALLAH YANG DIRUJUK DI MANA-MANA TEMPAT DALAM TULISAN INI ADALAH SEPERTI YANG DIEERTI DALAM SELURUH AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, YANG TERPANCAR SIFAT-SIFAT KAMALAAT-NYA MELALUI 99 ASMA UL-HUSNA-NYA. PAKSI DAN TUNJANG YANG MEMANCANG SIFAT ALLAH YANG DIRUJUK DALAM TULISAN INI BERSEMAYAM DIKERAK PENGERTIAN EMPAT AYAT DALAM SURAH AL-IKHLAS, YANG MEMBAWA MAKSUD: "KATAKANLAH, DIALAH TUHAN YANG MAHA ESA, TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU, DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. TIADA SIAPA YANG SETARA DENGAN DIA"

Nah.. Pihak gereja.. ayat-ayat pengisytiharan yang mengakui hakikat ketuhanan ALLAH yang ingin digunapakai perlu membawa mesej pengakuan sekudus ini. Mahukah atau bersediakah mereka?

No comments: