Wednesday, February 17, 2010

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK

Salam

Terkesan dengan filem "The Reading Room" yang baru ditonton semalam. Satu ungkapan yang paling menyelinap ke dalam jiwa saya ialah : Jika kita banyak memberi kasih sayang pada semua di sekeliling kita, akan kuranglah kebencian dan kejahatan di sekeliling kita.
Saya rasa kata-kata itu tepat sekali. Cubalah anda lihat individu yang penuh dendam, rasa iri hati, selalu tidak puas hati sentiasa mencari salah orang ataupun asyik menyalahkan orang. Kemungkinan kekurangan kasih sayang yang dicurahkannya akan menyebabkan orang sekelilingnya juga kurang memberi kasih sayang kepadanya. Kebencian yang ada pada dirinya akan mengundang kebencian orang lain terhadapnya.
Marilah kita menyemaikan kasih sayang disekeliling kita, itu juga yang dianjurkan oleh Islam. kasih sayang juga haruslah dipamerkan dengan tutur kata dan perbuatan yang baik. Rasanya tidak sesuai seseorang yang mengaku dirinya penuh kasih sayang, tapi bahasa dan tutur katanya terlalu kasar hingga menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Niat yang baik akan selaras dengan semua yang baik-baik belaka, dan yang pastinya, mendapat keredhaan Allah. Untuk memastikan perbuatan kita itu mendapat keredhaan Allah, kita boleh melihat sejauh mana kebaikan dan ketenangan yang diperolehi akibat perbuatan itu. Namun awas! Ada juga bisikan syaitan yang bijak memanipulasikan keadaan, hinggakan kita rasa kitalah yang terbaik, perbuatan kita itu adalah yang baik, kita "perasan" telah mendapat keredhaanNya, namun tertipu, kerana banyak yang silap dari yang betul sebenarnya. Lebih banyak kebencian yang wujud akibat perbuatan kita. Sungguh licik syaitan dalam memperdaya .... Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.
Namun, apa yang penting, "What you give, you get back" . Benar, kita akan dapat kembali apa yang kita berikan. Kita berikan kebencian, kekasaran, kata-kata yang buruk, kita akan dapat balik semua itu dari orang sekeliling kita. Rasanya semua orang tahu hukum alam itu. Namun yang "buta hati" tetap tidak akan perasan dan tidak akan faham. "Ya Allah.. jauhkanlah diriku, keturunanku, sahabat-sahabatku daripada kemaslahatan hati dan perbuatan.. "
Wallahu'alam..

No comments: