Thursday, August 21, 2008

DEBAB OO DEBAB

Salam,

Selain daripada Aqilah, Ajmal dan Najihah, ada 2 lagi "kanak-kanak" yang tinggal di rumah ini, Mereka adalah Debab dan Comel. Debab dan Comel dibeli di Carrefour dengan harga RM22 setiap ekor. Rumahnya dibeli berasingan, juga di Carrefour dengan harga RM 188, "bedding" nya berupa habuk kayu, makanannya berupa oat dan kekacang (sumber karbohidrat dan minerals) dan ulat kering (sumber protein) serta pasir berbau oren untuk mereka bermandi-manda.

Kedua-duanya diuruskan oleh suami dan ketiga-tiga anak saya. Kini, hampir 3 bulan mereka hidup bersama kami. Semakin hari semakin agresif. Antara keduanya, Debab yang paling agresif. Suatu hari, pintu rumahnya tidak rapat. Dia melarikan diri! kami takut yang amat sangat. Takut tak jumpa! Ajmal menyelongkar lokasi longgokan barang permainannya yang berdekatan dengan rumah Debab dan Comel (juga dikenali sebagai buiding yard Ajmal). Alhamdulillah, kami jumpa Debab di bawah longgokan permainan-permainan. Dia dalam keadaan takut dan berdiam diri.

Kali kedua Debab melarikan diri ialah sebulan yang lepas. Saya sedarinya semasa bersiap untuk ke sekolah di awal pagi, apabila tiba-tiba terasa "sesuatu" gigi kecil yang menggigit-gigit ibu jari kaki ini. Dalam kegelapan, saya nampak Debab mencium-cium ibu jari kaki! Dia juga merelakan dirinya diangkat dan dimasukkan semula ke dalam rumahnya.

Kelmarin, Debab lari lagi! Sewaktu tengahari. Puas kami berempat beranak mencari. Anak-anak menyeru-nyeru nama Debab. Saya bimbang dia terbunuh di mana-mana bahagian dalam rumah. Hampir setengah jam kemudian, saya ternampak kelibat Debab di hadapan almari pakaian, apalagi, secepat kilat saya menangkapnya, Debab menjerit-jerit dan meronta minta dilepaskan! Mungkin dia sudah kenal erti kebebasan!!

Harapnya Debab tak akan terlepas kali keempat, kerana pastinya dia sudah mengenali lokasi-lokasi dalam rumah ini dan berupaya menyembunyikan dirinya! Anak-anak telah diberi amaran agar tidak meninggalkan pintu rumah Debab dan Comel renggang. Setiap masa Debab akan seolah 'menggali' dan menggigit-gigit dinding rumahnya dengan harapan untuk bebas. Kadang-kadang kasihan melihatnya.

Debab dan Comel adalah ... sepasang Hamster. Kami asyik menanti mereka melahirkan lebih banyak hamster, tapi nampaknya belum ada sebarang tanda.. dan Debab... asyik berusaha melepaskan dirinya.....


4 comments:

cikgooden said...

seperti juga makhluk Allah yg lain. debab dan comel juga mahukan kemerdekaan. Maaf...kiranya tersinggung.

Anonymous said...

Salam,

Cikgooden, mungkin ada kebenarannya...

Anonymous said...

jiah...ayat ko mmg mcm baca cerpen...hehehe....teruskan menulis!!!!

Anonymous said...

Salam, Fizah..

Thank U.. hee hee.. terima kasih atas galakan...

Fizah, kalau ada kesempatan coret-coret lah pengalaman kau berbelas tahun di Manchester tu.. dari pengalaman belajar sampai berjaya kerja sebagai doktor di sana.. mesti best dan banyak yang dapat dikongsi bersama.